Jom berkawan di facebook (Ainul Kauthar Bt Sayuti / upc007@gmail.com)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress  

Ajarkan Anak Mengenal Al-Quran – Motivasi, Faedah dan Teknik

Menuntut Ilmu

“Jika kamu mahu berjaya didunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu mahu berjaya di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika kamu mahu berjaya kedua-duanya, juga hendaklah dengan ilmu” – Imam Shafie

Untuk berjaya, tiada jalan pintas. Setiap orang perlu melalui jalan yang sukar, panjang dan berliku. Menjadi ibu adalah satu kejayaan. Mengharungi hidup untuk bergelar seorang ibu bukanlah mudah. Kita perlukan kesabaran, ketabahan dan kecekalan yang tinggi. Kesukaran yang kita lalui akhirnya terubat dengan kehadiran cahaya mata yang menanti untuk diwarnai. Begitulah fitrah setiap manusia yang bergelar ibu. (more…)

Kecerdasan Emosi (EQ) yang Tinggi Bantu Anak Berjaya

Bijak Mengawal Emosi

Tahap kepandaian seorang anak pasti berbeza dengan tahap kepandaian anak yang lain atau orang lain. Kebiasaannya anak yang mempunyai IQ yang tinggi dikatakan anak yang pandai. Pandai di sini sering dirujuk kepada penguasaan dalam bidang akademik. Akan tetapi, kajian telah membuktikan bahawa IQ yang tinggi tidak menjamin kejayaannya dalam hidup.

Kecerdasan emosi atau lazimnya dikenali sebagai EQ, merupakan kebolehan dalam menangani sesuatu konflik atau kemampuan dalam meleraikan masalah. Anak yang mempunyai tahap EQ yang tinggi mampu berjalan dengan tenang walaupun diuji dengan pelbagai masalah. Malah sebenarnya EQ mampu menyumbang dalam meningkatkan IQ seseorang. (more…)

Ulasan Buku – Jadikan Rujukan Dalam Mendidik Anak

Rujukan Pendidikan Anak

Setiap ibu bapa inginkan anak mereka cemerlang dalam hidup. Baik di dunia mahupun di akhirat. Akan tetapi kecemerlangan anak itu seringkali diukur melalui aspek akademiknya di sekolah. Keluhan demi keluhan akan keluar dari mulut ibu apabila anaknya tidak cemerlang di sekolah. Kadangkala ibu memberitahu jiran di depan anaknya.

“Anak saya memang lambat. Cikgu ajar dia banyak kali pun dia tak ingat. Ish, tak tahu lah apa nak jadi”

Apa perasaan anak ketika itu? Zahirnya muka anak seperti biasa, bak kata orang “blurr”. Akan tetapi siapa yang tahu perasaan di hatinya ketika itu. Cukuplah kita meletakkan diri kita di tempatnya untuk merasai apa yang dirasai anak. Ketika bos kita merendahkan kita di depan kita sendiri. Mesti sangat sedih kan?

Kali ini saya akan kongsikan dengan semua pembaca tentang satu buku yang akan membuka minda ibu bapa untuk bertindak dengan lebih bijak apabila menghadapi masalah dengan anak-anak. Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, buku ini bertajuk Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif karangan Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Saya akan kongsikan topik demi topik yang terkandung dalam buku ini menggunakan olahan bahasa saya sendiri.

Makanan Berkhasiat

(more…)

Terimalah Anak Seadanya

Anak Adalah Istimewa

Tak lama lagi keputusan UPSR akan diumumkan. Yang paling risau menanti keputusan tersebut selain pelajar adalah guru dan ibu bapa. Saya berada di tempat seorang guru Sains tahun enam memang berdebar-debar menanti keputusan tersebut. Akan tetapi sewajarnya seorang ibu atau guru perlulah menerima setiap anak atau pelajar seadanya. Saya ingin kongsikan petikan daripada penulisan seorang tokoh motivasi, Dr Tengku Asmadi dalam buku Teknik Memotivasi Anak Cara Positif. Penulisannya mampu menmbangkitkan jiwa seorang ibu menjadi positif insyaAllah.
(more…)

filed under: Pendidikan Tagged with:

Aidil Adha Bererti Bagi Anak

Salam Aidil Adha

Alhamdulillah dengan izin Allah tiba juga saya di gombak. Untuk raya haji kali ini saya sekeluarga beraya di gombak. Dalam perancangan akan berada di gombak selama 5 hari. Masa ni lah nak bawa anak-anak ke zoo, planetarium, petrosains, mandi sungai dan aktiviti-aktiviti lain lagi.

Baiklah, berbalik kepada raya haji atau raya korban. Sebenarnya waktu begini adalah peluang yang sangat baik untuk memberi pemahaman kepada anak tentang pengorbanan. Mengapa? Kerana kanak- kanak sangat sukakan binatang. Jadi dalam keseronokan itu, jangan lepaskan peluang untuk selitkan cerita-cerita yang berkaitan dengan korban lembu. (more…)

Aktiviti Hujung Minggu

Gambar Abdullah warnakan

Alhamdulillah dengan izin Allah dan kemurahannya, hujung minggu lepas dapat diisi dengan aktiviti yang lebih bermanfaat. Jumaat saya dah mula hantar tudung untuk dijual di expo. Jualan di sana saya jangka amat memberangsangkan. Saya tidak menyertai aktiviti jualan tersebut, cuma tumpang booth kenalan saja. Jualan tudung saya tidak buka secara online lagi, cuba untuk mencari pasaran offline dahulu.

Aktiviti fizikal tak ketinggalan buat anak-anak. Mereka memang memerlukan lebih banyak aktiviti yang aktif (bermain/bersukan) pada usia begini, berbanding aktiviti pasif (menonton TV/CD/cerita, bermain game, komputer dsb). Sebelah malamnya, memang keletihan dan tidur awal untuk aktiviti esok hari. (more…)

filed under: Aktiviti Anak

Pengalaman di Ward Selepas Bersalin

4 Jam Selepas Kelahiran

Saya ada tulis dalam post yang lepas untuk berkongsi tentang pengalaman dalam wad selepas bersalin. Sebelum saya dihantar ke wad, seorang doktor yang saya tak pernah nampak mukanya ketika mula masuk ke labour room tiba-tiba muncul dan menawarkan kepada saya samada ingin pulang atau tidak. Ketika itu sudah jam 9.30 malam. Katanya jam 11 malam, saya boleh balik, itupun kalau saya nak. Tapi doktor dan dua orang jururawat yang bersama dengan saya menyambut kelahiran sebentar tadi, saya lihat langsung tidak menoleh ke arah doktor yang sedang bercakap tu. Saya pelik juga, tapi saya bagitahu yang saya perlu tanya suami dahulu. (more…)

Keperluan Tidur Untuk Anak 0-3 Tahun

Tidur

Keperluan tidur untuk usia 0-2 bulan
Jumlah tidur yang diperlukan : 10.5 – 18 jam / hari

Sifat tidur

- Pola tidur yang tidak teratur (hingga usia 6-8 minggu) yang berhubungan dengan rasa lapar
- Jangka masa tidur yang pelbagai pada siang dan malam hari
- Tidurnya bersifat aktif: tersenyum, menghisap, pergerakan badan

Hal-hal penting yang berhubung dengan kemampuan tidur :

- Tidur di atas punggung untuk mencegah SIDS
- Ajar bayi tidur malam
- Buatlah suasana tidur yang positif dan tenang
- Kenalilah tanda-tanda saat bayi mengantuk
(more…)

filed under: Pendidikan
Page 1 of 29123451020...Last »
Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.